Exchange Policy

Polisi Pemulangan dan Pertukaran (Refund & Exchange Policy)

Kami amat menghargai sokongan anda kerana memilih dan membeli produk-produk kami. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, kami akan berusaha memastikan urusan belian anda dilayan dan diuruskan dengan baik.  Walaubagaimanapun, kami sentiasa terbuka mendengar sebarang masalah yang mungkin timbul terutamanya perlara-perkara luar jangkaan. Sekiranya, berlaku sebarang masalah dalam belian anda, sila rujuk penerangan dan langkah-langkah di bawah.

Pemulangan

Produk-produk yang telah dijual tidak boleh dikembalikan.

Sebarang pembatalan pesanan atau bayaran balik tidak akan dilayan. Namun begitu, sekiranya produk yang dipesan kehabisan stok atau kami tidak dapat memenuhi pesanan anda atas apa jua sebab yang tidak dapat kami elakkan. Kami akan menghubungi anda jika berlaku kehabisan stok untuk langkah selanjutnya.

Pertukaran

Kami akan memeriksa semua produk dan memastikan pesanan anda berada dalam keadaan baik sebelum penghantaran. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan luar jangka, produk yang diterima rosak atau tidak boleh digunakan, kami akan menggantikan produk yang rosak tersebut dengan syarat seperti berikut:

  1. Tiada pertukaran secara walk-in dibenarkan. 
  2. Kecacatan tersebut hendaklah dimaklumkan dalam masa tiga (3) hari selepas produk diterima.
  3. Sekiranya aduan diterima melebihi dari 3 hari dari tarikh produk diterima tiada sebarang pertukaran akan dilayan.
  4. Kecacatan atau kerosakan tersebut juga perlulah munasabah, dan melalui penilaian adalah disebabkan oleh pihak kami. 
  5. Sekiranya faktor kerosakan atau kecacatan tersebut dinilai bukan disebabkan oleh pihak kami, maka tiada sebarang pertukaran akan dilayan. 
  6. Sila pastikan kotak/botol pembungkusan produk tidak dikoyak atau pecah. 
  7. Produk mestilah dalam keadaan yang sama seperti yang diterima.
  8. Tiada pertukaran dibenarkan atas alasan menukar fikiran.
  9. Anda boleh memilih untuk menukar produk yang dipulangkan dengan produk yang sama nilainya atau lebih tinggi (lebihan perlu dibayar mengikut nilai yang masih berbaki). 
  10. Pertukaran hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 3 hari selepas menerima barang.
  11. Hanya sekali pertukaran dibenarkan bagi setiap pesanan.

Proses penilaian aduan, pengesahan, penolakan atau penerimaan pertukaran adalah seperti berikut:

Langkah 1:  Sila email kepada kami di: [email protected] bukti berupa gambar produk yang didapati rosak atau cacat dan resit bukti belian yang disertakan oleh kami bersama semasa penghantaran. Gambar dan resit bukti belian perlu dikemukakan dalam masa 3 hari dari tarikh produk diterima. Sila letakkan subjek e-mel: PERMINTAAN PERTUKARAN. Wakil kami akan memberikan layanan yang sewajarnya.

Langkah 2: Sekiranya aduan dan kerosakan/kecacatan yang dibuat dinilai munasabah, anda perlu mengembalikan produk melalui pengeposan ke alamat yang diberikan melalui e-mel. Sila pastikan produk dibungkus dengan baik untuk mengelakkan kerosakan tambahan. Kos pengeposan adalah di bawah tanggungjawab anda.

Langkah 3: Setelah produk diterima, kami akan memeriksa keadaan produk tersebut.  Dan jika didapati, produk yang diterima tidak selaras dengan apa yang diberitahu dalam Langkah 1, tiada pertukaran yang akan dilayan dan produk tersebut akan dikembalikan kepada anda. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk rosak atau hilang semasa proses penghantaran/transit.

Langkah 4: Sekiranya produk diterima adalah seperti yang dimaklumkan kepada pihak kami dalam Langkah 1, kami akan menggantikan produk yang telah dipersetujui dan menguruskan pengeposan ke alamat yang diberikan kepada pihak kami.  Sila rujuk SYARAT MENGHANTAR BALIK PRODUK.

SYARAT MENGHANTAR BALIK PRODUK:

  1. Jangan balut produk dengan pita pelekat secara terus untuk mengelakkan kerosakan pada pembungkusan
  2. Sila letakkan lapisan pada produk dengan sebarang bahan yang sesuai sebelum dibungkus  seperti bubble wrap bagi mengelakkan kerosakan atau masalah semasa penghantaran. 
  3. Untuk perlindungan, anda disarankan menggunakan perkhidmatan kurier yang berdaftar.
  4. Sila pastikan anda meletakkan alamat dan nombor telefon yang betul untuk urusan pengeposan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat yang diberikan adalah tidak tepat. Segala masalah yang timbul akibat kesilapan ini adalah di bawah tanggungjawab anda
  5. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk yang dipulangkan hilang atau rosak semasa transit. 
  6. Bukti pengeposan tidak akan diterima dan tidak boleh dijadikan sebagai bukti penerimaan oleh pihak kami. 
  7. Produk adalah kekal di bawah tanggungjawab anda sehingga ia sampai ke lokasi kami.
  8. Anda harus mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa barang-barang yang dikembalikan kepada kami tidak rosak semasa transit.